Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal berada dalam kedudukan kukuh dari segi bekalan minyak dan gas.
Meskipun dunia berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga global.
Menurutnya, negara ini antara yang bertuah dalam rantau ASEAN kerana bekalan tenaga masih terjamin hasil keupayaan domestic.
Serta hubungan diplomatik strategik dengan beberapa negara pengeluar utama.
Namun begitu, katanya, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias kenaikan harga minyak dunia yang dipengaruhi faktor luar.
“Ia termasuk geopolitik dan kos logistic antarabangsa.
“Dari segi bekalan, tiada masalah.
“Tetapi harga meningkat disebabkan faktor global yang berada di luar kawalan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Dalam usaha melindungi rakyat, kerajaan terus mengekalkan subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter walaupun berdepan tekanan fiskal akibat kenaikan harga minyak mentah dunia.
Mengulas lanjut, PMX turut menegur penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan laluan perkapalan minyak.
Khususnya melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Selain itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa kapal Petronas tidak melalui Selat Hormuz.
Sebaliknya menjelaskan bahawa laluan tersebut tetap menjadi antara laluan utama perdagangan minyak global.
“Realitinya, laluan perkapalan ini kompleks. Kapal perlu melalui kawasan tertentu yang kini berdepan kesesakan serta risiko keselamatan,” jelasnya lagi.
Tambahnya juga, keadaan di Selat Hormuz yang semakin sesak susulan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran turut memberi kesan langsung kepada kos operasi.
Kesan tersebut termasuk peningkatan kos penghantaran, insurans serta aspek keselamatan kapal dan anak kapal.
Sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga minyak di pasaran.
“Apabila laluan terganggu, kos akan meningkat.
“Ini termasuk kos logistik dan insurans yang akhirnya mempengaruhi harga,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa.
Serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keseimbangan antara kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Kesimpulannya, walaupun Malaysia berada dalam keadaan selamat dari segi bekalan tenaga, cabaran sebenar kini tertumpu kepada pengurusan impak kenaikan harga global yang memerlukan pendekatan dasar yang berhati-hati dan berstrategi.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=ixBkqVeQJU8
