Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminanbahawa proses penukaran kepada MyKad Struktur Baharu yang akan bermula Jun depan tidak akan menjejaskanpenyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat.
Menurut JPN, penerima bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta BUDI MADANI RON95 (BUDI95) tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan nama merekatercicir atau bantuan gagal diterima sepanjang proses peralihan tersebut.
Jelas jabatan itu, semua data penerima sedia ada akan kekaldalam sistem.
Manakala proses migrasi maklumat dilakukan secaraautomatik menerusi pangkalan data pusat yang diselaraskanbersama kementerian dan agensi berkaitan.
Tambahan lagi, JPN turut memaklumkan, langkah itudiambil bagi memastikan integriti data penerima bantuan terusterpelihara.
Di samping menjamin proses penebusan bantuan berjalanlancar seperti biasa.
Dalam kenyataan sama, JPN turut menegaskan fokus utamapelaksanaan MyKad Struktur Baharu adalah untukmeningkatkan tahap keselamatan identiti rakyat tanpamenyukarkan urusan penerimaan bantuan kerajaan.
MyKad baharu itu juga dilengkapi ciri keselamatantambahan yang mampu memperkukuh proses pengesahanidentiti penerima bantuan.
Sekali gus mengurangkan risiko penyalahgunaan identitidan penipuan.
Penjelasan itu dibuat susulan kebimbangan segelintirpihak yang mendakwa pelaksanaan MyKad baharu bolehmenyebabkan gangguan teknikal serta keciciran penerimabantuan kerajaan.
Bagaimanapun, JPN menasihatkan orang ramai supayatidak mudah terpengaruh dengan khabar angin atau maklumattidak sahih yang tersebar di media sosial berhubung isutersebut.
Proses pertukaran MyKad Struktur Baharu akandilaksanakan secara berperingkat dan maklumat lanjutmengenai tatacara permohonan dijangka diumumkan dalammasa terdekat.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjutboleh melayari laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara atauplatform media sosial rasmi jabatan berkenaan.
Selain itu, MyKad Struktur Baharu dijangka tampildengan teknologi keselamatan lebih moden termasuk ciri anti-pemalsuan yang dipertingkat.
Ia bagi melindungi identiti rakyat daripada disalahgunakanpihak tidak bertanggungjawab.
Langkah itu juga selari dengan usaha kerajaanmemperkukuh sistem pendigitalan perkhidmatan awam sertameningkatkan kecekapan urusan melibatkan agensi kerajaandan sektor kewangan.
JPN turut memberi jaminan bahawa nombor kadpengenalan sedia ada tidak akan berubah dan rakyat masihboleh menggunakan MyKad lama sehingga proses pertukaranrasmi dilakukan.
Dalam pada itu, pelaksanaan secara berfasa itu juga bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPN.
Selain memastikan proses penggantian berjalan lebihtersusun dan lancar di seluruh negara.
Malah, MyKad Struktur Baharu juga dijangkamemudahkan urusan pengesahan identiti dalam pelbagaitransaksi termasuk urusan kesihatan, pendidikan dan bantuankebajikan rakyat.
Justeru, usaha pemodenan sistem pengenalan diri negara itu dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan dalammemastikan keselamatan data peribadi rakyat sentiasaterjamin seiring perkembangan teknologi semasa.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=dyQzpaWDL24&ra=m
