120 BEKAS AHLI BERSATU PULAI ISYTIHAR SOKONG PH

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini memasuki fasa lebih menarik apabila seramai 120 bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Pakatan Harapan (PH).

Di mana ia sekali gus memberi suntikan semangat kepada kempen calon PH bagi DUN Kempas, Muhammad Faezuddin Mohd. Puad.

Kumpulan berkenaan turut melibatkan enam bekas pemimpin akar umbi Bersatu termasuk bekas Ketua Penerangan Srikandi Bahagian Pulai, Rafidah Ani; bekas Setiausaha Srikandi, Noriah Mat Daud dan bekas Ahli Jawatankuasa Srikandi, Norhafizah Mohd. Noor.

Selain bekas Bendahari Srikandi, Suriati Mamat; bekas Pengerusi Cawangan Bukit Mewah, Mohd. Suhimi Abdul Rahman serta bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda, Mohd. Al Fardi Saidin.

Rafidah mendakwa keputusan meninggalkan Bersatu dibuat selepas berasa kecewa kerana peranan jentera Srikandi di peringkat bahagian tidak dihargai walaupun sentiasa memberi komitmen dalam setiap program dan gerak kerja parti.

Menurutnya lagi, pengalaman berdepan kesukaran mendapatkan bantuan untuk masyarakat selepas menyertai Bersatu.

Selain layanan yang diterima ketika memohon bantuan pendidikan untuk anaknya, ia telah mengubah persepsi terhadap pendekatan politik yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

Sementara itu, Mohd. Suhimi berkata, beliau mengambil keputusan meninggalkan Bersatu selepas mendakwa pelbagai cadangan dan permohonan bantuan untuk penduduk serta cawangan tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh kepimpinan parti.

Beliau turut mendakwa beberapa permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri sebelum ini tidak mendapat maklum balas.

Justeru, menyebabkan beliau hilang keyakinan terhadap kemampuan parti lama dalam menyelesaikan isu rakyat di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, Muhammad Faezuddin menyifatkan sokongan bekas ahli Bersatu itu sebagai bukti semakin ramai rakyat mahukan pendekatan politik yang lebih matang dengan bantuan disalurkan tanpa mengira fahaman atau latar belakang parti.

Beliau turut menegaskan wakil rakyat perlu mengutamakan kebajikan semua penduduk selepas pilihan raya.

Dan bukannya hanya membantu penyokong atau kroni politik.

Pada PRN Johor kali ini, Muhammad Faezuddin berdepan saingan tiga penjuru di DUN Kempas menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Untuk rekod, kerusi itu sebelum ini dimenangi BN pada PRN 2022 dengan majoriti 3,514 undi.    

Sehubungan dengan itu, perkembangan itu dilihat berpotensi mengubah landskap persaingan di DUN Kempas menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Sokongan daripada bekas pemimpin dan ahli akar umbi Bersatu dijangka memperkukuhkan gerak kerja kempen PH di beberapa kawasan tumpuan pengundi.

Pada masa sama, perkembangan tersebut juga dijangka menjadi antara isu yang terus mendapat perhatian sepanjang baki tempoh berkempen.

Semua parti yang bertanding kini dilihat terus memperhebat usaha mendekati pengundi dengan mengetengahkan rekod perkhidmatan serta tawaran masing-masing.

Penganalisis politik berpandangan, sokongan pemimpin akar umbi mampu memberi kesan terhadap kecenderungan sebahagian pengundi.

Namun keputusan muktamad tetap bergantung kepada pilihan rakyat pada hari pengundian kelak.

PRN Johor kali ini juga dijangka menyaksikan persaingan sengit apabila setiap undi bakal menjadi penentu pembentukan kerajaan negeri bagi penggal akan datang.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=DYcy71TV6Ok&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *