PRN MELAKA UJIAN FORMULA BN-PN, PH PERLU REFORMASI

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka menjadi medan ujian sebenar bagi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), khususnya dalam soal agihan kerusi. 

Tidak seperti Johor dan Negeri Sembilan yang menyaksikan PAS sanggup memberi lebih banyak laluan kepada Umno.

Situasi di Melaka lebih rumit kerana kedua-dua parti mempunyai asas untuk mendakwa mereka lebih dominan berdasarkan keputusan pilihan raya yang berbeza.

Penganalisis berpendapat rundingan kerusi bakal menjadi cabaran utama memandangkan BN kini menerajui kerajaan negeri.

Manakala PN mempunyai prestasi lebih baik dalam memperoleh kerusi pada peringkat Parlimen dalam PRU15. 

Keadaan ini menjadikan formula kerjasama yang digunakan di negeri lain sukar diaplikasikan secara langsung di Melaka.

Dalam masa sama, Pakatan Harapan (PH) turut berdepan cabaran besar selepas beberapa keputusan pilihan raya yang kurang memihak kepada gabungan itu. 

Pemimpin PH menggesa pengundi menilai rekod pentadbiran kerajaan terdahulu BN-PN antara 2020 hingga 2022.

Di mana ia termasuk isu bekalan makanan dan kestabilan pentadbiran sebelum membuat pilihan pada PRU16.

Namun, kekalahan berturut-turut di beberapa negeri turut mencetuskan desakan supaya PH melakukan reformasi dalaman.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kebergantungan kepada ceramah besar, kelemahan jentera akarumbi dan pemilihan calon yang kurang dekat dengan Masyarakat.

Di samping kegagalan menangkis politik identiti yang semakin mempengaruhi corak pengundian.

Pemerhati berpandangan semua parti perlu memberi tumpuan kepada isu yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.

Antaranya seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan setempat dan penyampaian perkhidmatan. 

Selain itu, sebahagian pengundi kini dilihat lebih cenderung menilai prestasi serta keupayaan menyelesaikan masalah berbanding retorik politik semata-mata.

Sehubungan dengan itu, menjelang PRN Melaka dan PRU16, persaingan dijangka bukan sekadar tertumpu kepada pembahagian kerusi atau strategi kempen.

Sebaliknya, siapa yang mampu menawarkan kepimpinan stabil, dasar yang meyakinkan serta kepercayaan rakyat untuk mentadbir negara dan negeri. 

Selain strategi politik, setiap gabungan perlu membuktikan keupayaan mereka menterjemahkan manifesto kepada tindakan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. 

Dalam pada itu, pengundi kini lebih kritikal dan mahukan wakil rakyat yang sentiasa turun padang serta mudah dihubungi apabila timbul masalah di kawasan masing-masing. 

Keputusan PRN Melaka turut dijangka menjadi petunjuk awal terhadap corak sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). 

Justeru, parti yang berjaya menggabungkan kepimpinan berwibawa, jentera akar umbi yang kukuhdan tawaran dasar yang realistik berpotensi memperoleh kelebihan di peti undi.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=g1rhzRp6U00&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *