Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Dato’Mahfuz Omar menyelar pendekatan politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang didakwa terus memainkan naratifkononnya parti itu menjadi satu-satunya penyelamat Islam dan Melayu di negara ini.
Menurutnya, pendekatan tersebut merupakan politik lama yang bersandarkan ketakutan dan sentimen agama bagimempengaruhi rakyat supaya melihat PAS sebagai “penjagatunggal agama”.
Beliau berkata, rakyat kini semakin matang dan tidak lagimudah dipengaruhi retorik politik semata-mata.
Sebaliknya, mahu melihat kemampuan sesebuah parti menyelesaikan masalah rakyat termasuk isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pelaburan serta pembangunan ekonominegara.
Beliau turut mengkritik pentadbiran negeri-negeri di bawahPAS yang menurutnya masih gagal memberikan penyelesaianmeyakinkan terhadap isu pembangunan, ekonomi dan masa depan golongan muda.
Katanya lagi, PAS tidak seharusnya terlalu sibukmempertikaikan kelemahan pihak lain sedangkan masih terdapatpelbagai isu dalaman yang belum diselesaikan di negeri-negeri yang mereka tadbir.
Malah dalam kenyataan sama, Mahfuz menegaskan bahawapolitik tidak boleh hanya bergantung kepada simbol agama, slogan Melayu-Islam dan retorik ketakutan semata-mata.
Tetapi perlu disokong dengan kebijaksanaan pentadbiran, dasar ekonomi kukuh dan kemampuan membawa kestabilankepada negara.
Beliau turut mengingatkan bahawa PAS sendiri pernahbekerjasama dengan pelbagai parti politik termasuk DAP dan UMNO sebelum ini.
Sekali gus membuktikan pendekatan politik parti itu juga berubah mengikut keperluan semasa.
Tambahnya lagi yang juga Pengerusi Lembaga PertubuhanPeladang (LPP), Islam tidak akan dihormati hanya melaluijeritan politik.
Sebaliknya melalui pentadbiran bersih, ekonomi yang kukuh, pendidikan berkualiti serta keadilan sosial yang dapatdirasai rakyat.
Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya mengkritik UMNO dan mendakwa PAS merupakan parti terbaik dalammemperjuangkan politik Melayu-Islam.
Mahfuz bagaimanapun menegaskan rakyat hari ini mahukanpemimpin yang membawa harapan, penyelesaian dan masa depan lebih baik.
Dan bukannya politik yang sentiasa mencari musuh dan menanam kebencian.
16. Justeru, negara tidak boleh dibina dengan ketakutan dan kemarahan semata-mata.
Politik bukanlah sekadar menjual kopiah, tetapi mestimempunyai isi kepala untuk membina masa depan rakyat dan negara.
Kerajaan Perpaduan hari ini dilihat lebih memberi tumpuankepada usaha memperkukuh ekonomi negara, menarikpelaburan asing.
Di samping membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup berbanding terus terperangkap dalam politik kebencian.
Sehubungan dengan itu, pendekatan pentadbiran yang lebihsederhana dan stabil juga mula mengembalikan keyakinanpelabur.
Malahan turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=g8FFDJk5ssQ&pp=0gcJCQQLAYcqIYzv&ra=m
