Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima tawaran kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad berkata, keputusan itu telah dibuat PH.
Manakala gabungan berkenaan terbuka untuk meneroka kerjasama dengan parti lain kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya lagi, PH akan terus bertanding berdasarkan prinsip yang diperjuangkan dan tidak akan menerima tawaran untuk bergabung dengan BN.
“Jika BN mahu bersama dengan PN, itu hak dan terpulang kepada mereka.
Bagi PH, kami akan bertanding atas prinsip yang kami perjuangkan,” katanya dipetik Harapan Daily.
Perkembangan itu hadir ketika landskap politik Melaka semakin rancak susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 September lalu.
Di mana ia sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-16.
Dalam pada itu, PH sebelum ini memaklumkan rundingan mengenai kemungkinan membentuk persefahaman PH Plus.
Antaranya termasuk dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih berjalan.
Tambahan lagi, Khalid berkata, sebarang kerjasama dengan BERSATU atau parti lain perlu mengambil kira prinsip PH.
Terutamanya termasuk aspek prestasi, akhlak dan nilai sebelum persefahaman dicapai.
Beliau turut berkata, PH juga boleh mempertimbangkan kerjasama dengan BERSATU, MUDA dan parti lain yang tidak bersama BN atau PN.
Namun, ianya tertakluk kepada persetujuan terhadap prinsip serta syarat yang ditetapkan.
Sementara itu, pembahagian kerusi antara parti komponen PH di Melaka dilaporkan telah selesai di peringkat negeri.
Dengan keputusan akhir akan dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi gabungan itu.
Dalam pada itu, PRN Melaka kali ini dijangka menyaksikan persaingan melibatkan beberapa blok politik utama.
Dengan BN turut mengadakan rundingan bagi menentukan bentuk kerjasama dan penggunaan logo menjelang pilihan raya berkenaan.
Sehubungan dengan itu, perkembangan itu memperlihatkan PH mahu mempertahankan identiti serta agenda politiknya dalam menentukan hala tuju menghadapi PRN Melaka.
Pendirian tersebut juga menunjukkan sebarang kerjasama politik perlu berasaskan persetujuan terhadap prinsip, dasar dan syarat yang dipersetujui bersama.
Dalam masa sama, rundingan dengan parti lain dijangka terus menjadi tumpuan menjelang PRN Melaka.
Khususnya dalam menentukan bentuk persefahaman dan pembahagian kerusi antara parti.
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=_J42xPN3rDc&ra=m
