OBSES KRITIK PMX, ‘PARTI KANCIL’ TIADA TAWARAN?

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Dato’ Seri Rafizi Ramli semakin hilang fokus terhadap isu rakyat apabila dilihat lebih cenderung menjadikan Perdana Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai sasaran utama serangan politiknya.

Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, perkembangan itu turut menimbulkan persoalan mengenai hala tuju Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diterajui bekas TimbalanPresiden PKR itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya, Rafizi yang sebelum ini dikenali dengan pelbagai formula dan cadangan dasar kini dilihat tidak lagi menawarkan penyelesaian kepada rakyat.

“Sejak kebelakangan ini, apa yang kita lihat ialah Rafizi dan ‘Parti Kancil’ lebih banyak menghabiskan masa menyerang Perdana Menteri berbanding mengemukakan cadangan atau formula untuk membantu rakyat.

“Setiap hari yang kedengaran hanyalah kritikan terhadapAnwar, tetapi rakyat masih tertanya-tanya apakah tawaran sebenar ‘Parti Kancil’ kepada negara,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Rafizi mengumumkan Bersama berhasrat bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pandan itu, pemilihan kerusi tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor penilaian termasuk tahap penerimaan pengundi tempatan terhadap parti itu.

Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, ketika kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat.

Di mana ia termasuk langkah menurunkan harga diesel bersubsidi dan memperkukuh ekonomi negara, Rafizi sebaliknya dilihat memilih untuk terus memainkan politik persepsi.

“Ini menunjukkan keutamaan beliau bukan lagi penyelesaian, tetapi dendam politik yang bersifat peribadi,” ujarnya lagi dipetik Harapan Daily.

Beliau turut berpandangan bahawa politik kebencian mungkin mampu mencipta perhatian dan tajuk berita.

Namun gagal menawarkan penyelesaian kepada masalah sebenar yang dihadapi rakyat, khususnya berkaitan kos sara hidup dan cabaran ekonomi.

“Saya ingin mengingatkan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan bijak.

“Mereka mampu menilai siapa yang bekerja untuk negara dan siapa yang hanya sibuk menyerang tanpa menawarkan formula.

“Hakikatnya, semakin kuat Rafizi menyerang Anwar, semakin menunjukkan bahawa beliau ketandusan idea dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk ‘Parti Kancil’.

“Politik bukan tentang siapa paling kuat menjerit, tetapi siapa mampu berjuang demi rakyat,” tegasnya.

Untuk rekod, kenyataan AMK itu hadir ketika persaingan politik menjelang PRN Johor semakin memuncak dengan kemunculan Bersama dijangka menambah dinamika baharu dalam pertandingan di beberapa kerusi negeri itu.

Nahh! Nampaknya ‘pertelagahan satu sisi’ ini semakin meruncing apabila wujud satu lagi pihak yang terdesak mahu menghancurkan kestabilan politik negara.

Di kala Kerajaan Madani pimpinan PMX sedang bertungkus-lumus memperbaiki dan menyelamatkan ekonomi negara di tengah krisis Asia Tengah, kalian pula sibuk mempertikai dan mengkritik.

Tidak dinafikan, semua orang berhak untuk menubuhkan parti politik dan bertanding di mana-mana negeri di negara ini.

Namun, sekiranya kalian benar-benar mahu memperbaiki,membantu mengharumkan nama negara, kalian semestinya akan berganding bahu bekerjasama dengan kerajaan Madani dan bukannya menjatuhkan.

Tanpa mengambil kira emosi dan ego yang meluak, kepentingan rakyat serta negara sepatutnya diutamakan.

Tetapi malangnya, hanya kerana nafsu dan sifat busuk hatiyang membuak, kalian lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa di samping menjahanamkan negara demi kepentingan peribadi serta kepentingan politik kalian.

Sungguh memalukan! Sudah-sudahlah!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=QjsxMCUyqOY&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *