MADANI TERKINI | MISI DIPLOMATIK PMX DITERUSKAN KE MALDIVES

Misi diplomatik Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini diteruskan ke sebuah pulau indah dikelilingi biru Lautan Hindi dengan panorama yang mengasyikkan.

Setelah melengkapkan misi diplomatik dengan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi diikuti dengan menghadiri acara rasmi di Jamia Markaz, antara institusi Islam terkemuka di India.

Di mana ia sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi beliau ke negeri Keralam serta bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India di samping meneroka kerjasama dalam bidang baharu, misi seterusnya menuju Maldives.

Dalam siri-siri diplomatik tertinggi bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomat Torkayev dan tuan rumah, Narendra Modi, pelbagai perkembangan terbaharu dapat disaksikan rakyat Malaysia yang mengikuti ‘jelajah’ yang lain daripada yang lain kali ini.

Di Male seterusnya, Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu bertemu PMX dan menilai perkembangan hubungan dua hala.

Di sambaing bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan strategik bersama.

Malah katanya lagi, Maldives kekal sebagai rakan dagang ke-6 terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dan merupakan destinasi eksport yang penting bagi Malaysia.

“Lawatan ini dijangka dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala serta memupuk pertumbuhanjangka panjang menerusi kerjasama dalam bidang yang membawa manfaat bersama.

“Ia berteraskan asas kukuh yang telah terbina sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1968,” katanya dipetik Harapan Madani.

Dalam rangka lawatan berkenaan juga, Ahli Parlimen itu diraikan dalam majlis sambutan rasmi di Republic Square, sebelum mengadakan mesyuarat empat mata dengan Muizzu dan kemudian, disusuli mesyuarat delegasi kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin kemudian dijadual mengadakan sidang akhbar bersama, dengan kemuncaklawatan itu Perdana Menteri diraikan dalam jamuan makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Muizzu.

Pautan Video: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *