Keputusan Kerajaan MADANI untuk mengurangkan sewa premis perniagaan bermula dengan agensikerajaan disambut baik oleh persatuan penjaja dan peniaga di seluruh negara, khususnya dalam keadaanekonomi semasa yang mencabar.
Menurut persatuan penjaja dalam satu kenyataan, pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini dilihat tepat pada masanya, susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat yang telah memberi kesan rantaian kepada harga barangan mentah, kos operasi harian dan bekalan bahanmentah.
Wakil persatuan itu menyifatkan, pengurangan sewa ini sebagai satu kelegaan besar kepada peniagakecil dan sederhana yang selama ini berdepan tekanan peningkatan kos operasi.
“Dengan kadar sewa yang lebih rendah, peniaga dapat menyalurkan semula penjimatan tersebut kepadaaspek penting lain.
“Seperti pembelian stok, penyelenggaraan perniagaan serta mengekalkan harga jualan agar kekalberpatutan kepada pengguna.
“Persatuan juga melihat inisiatif ini juga membantu memastikan kelangsungan perniagaan penjaja yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan.
“Ramai peniaga sebelum ini terpaksa mengehadkan operasi atau berdepan risiko gulung tikar akibatkos tetap yang tinggi.
“Justeru, langkah kerajaan ini bukan sahaja memberi manfaat jangka pendek, tetapi turut menyumbangkepada kestabilan ekonomi komuniti dalam jangka panjang,” kata kenyataan itu.
Mereka juga merayu campur tangan kerajaan mempermudah bantuan menyalurkan bahan mentah tanpamelalui orang tengah seperti penjualan terus daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
“Kami berharap agar dasar ini dapat diperluaskan dan dilaksanakan secara konsisten di pelbagaiperingkat, termasuk premis milik pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain.
“Kami juga menggesa agar lebih banyak insentif diperkenalkan bagi membantu peniaga menghadapicabaran ekonomi global,” tambahnya lagi dipetik Harapan Madani.
Terdahulu, PMX menerusi Sidang Media Krisis Tenaga Global mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang mengelola premis perniagaan diarahkanuntuk menurunkan kadar sewaan berkuatkuasa bulan ini.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=r4T0lDwRJmA
