MADANI TERKINI | KRISIS GLOBAL: PMX ARAH PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI DI SEMUA DUN SETIAP MINGGU


Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dilaksanakan di semua semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada setiap minggu.

Ia bagi membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga lebih murah, ketika negara berdepankenaikan harga barangan akibat krisis global.

Perdana Menteri berkata, melalui langkah itu, rakyat dapat mendapat kepastian dalam pembelianbarangan, termasuk dari segi lokasi, hari dan jadual yang tetap.

“Kita juga tekankan supaya program Jualan Rahmah ini diadakan bukan saja di pinggir bandar.

“Tetapi juga di beberapa kawasan desa dan kampung terpilih,” katanya dipetik Media Perpaduan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Perdana Putra di Putrajaya pada Selasa.

PMX turut berkata, PJRM yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbukti berhasil mengurangkan harga barang sehingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Pada tahun lalu, katanya, kerajaan melaksanakan lebih 25,000 PJRM membabitkan semua DUN dan iaakan ditingkatkan kepada 30,000 program pada tahun ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Kewangan mahu PJRM memberi manfaat kepada peniagakecil, bukan hanya menjadi gelanggang bagi syarikat besar.

“Kita mahu memastikan faedah daripada PJRM memberi kesempatan kepada peniaga kecil menjualbarangan mereka dengan kadar harga yang lebih murah,” ujarnya lagi.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=1iHmAB6IkZg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *