Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan umat Islam supaya lebih berhati-hatidalam percakapan susulan kontroversi kenyataan yang didakwa menyentuh kedudukan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata Islam mengajar umatnya supaya menjaga lidah dan mengelakkan ucapan yang bolehmenimbulkan salah faham, kekeliruan atau mengguris sensitiviti masyarakat.
Memetik hadis Rasulullah SAW, beliau berkata orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat sepatutnya berkata perkara baik atau memilih untuk diam.
“Rasulullah SAW bersabda supaya kita berkata yang baik ataupun diam,” katanya dipetik Harapan Daily.
Memetik laporan Berita RTM, Shukri berkata, umat Islam juga dianjurkan meninggalkan perkara yang tidak membawa manfaat termasuk kenyataan yang boleh mencetuskan polemik dan perpecahan.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri turut berkata para sahabat Rasulullah SAW mempunyai kedudukanyang sangat tinggi dalam Islam.
Ini kerana mereka merupakan generasi yang berjuang bersama Nabi Muhammad SAW mempertahankan serta menyebarkan agama Islam.
Malah katanya lagi, Rasulullah sendiri mengajar umat Islam supaya mengikuti sunnah Baginda dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang terdiri daripada para sahabat utama Nabi.
“Ini menunjukkan kedudukan para sahabat Nabi sangat tinggi.
“Kita tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menggambarkan sahabat Nabi tidakberjasa kepada Islam atau ajaran Islam,” tegasnya lagi.
Beliau turut mengingatkan bahawa umat Islam sentiasa diajar untuk mengasihi Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah berkorban demi menegakkan agama.
“Kita berharap seluruh umat Islam meletakkan kedudukan para sahabat di tempat yang tinggi dan tidak memperlihatkan mereka sebagai golongan yang tidak bermutu atau tidak bermakna kepada Islam,” ujarnya.
Untuk rekod, isu berkaitan kenyataan menyentuh para sahabat Nabi sebelum ini menjadi perhatianramai selepas tular beberapa video ceramah Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh daripada PAS yang mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk agamawan, ahli politik dan institusi agama.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=PUWBWqUE9T4&ra=m
