MADANI TERKINI | JEREBU, GUNUNG BERAPI: PMX BERSOLIDARITI DENGAN RAKYAT INDONESIA

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menzahirkan solidariti kepada rakyat Indonesia susulan bencana gunung berapi dan cabaran jerebu yang sedang dihadapi negara berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu disampaikan beliau ketika menghubungi bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, yang kini berada di Pulau Pinang bagi menghadiri Dialog Keamanan Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di media sosialnya pada Ahad, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata,perbualan yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut menyaksikan kedua-dua pemimpin bertukar khabar.

Dalam pada itu, PMX turut memohon maaf kerana tidak dapat menyantuni Jokowi secara langsung di Pulau Pinang.

Ia berikutan program bersama dengan petani, penternak, peladang dan komuniti pertanian pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Serdang, Selangor yang telah dijadualkan lebih awal.

“Malaysia dan Indonesia bukan sekadar negara jiran, tetapi dua bangsa serumpun yang diikat sejarah, budaya dan persaudaraan yang akrab.

 “Amanah dan kedudukan boleh silih berganti, namun persahabatan dan rasa hormat akan terus kekal,” katanya dipetik Harapan Madani.

Baliau berkata demikian sambil menegaskan bahawa ikatan itu akan terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara serta kemakmuran rantau ini.

Menurut laporan berita agensi nasional ANTARA, Jokowi menghadiri Dialog Keamanan Pulau Pinang yang berlangsung di George Town.

Di samping menyampaikan pandangannya tentang peranan pemimpin dan rakyat dalam membina asas keamanan pada majlis makan malam gala pada Sabtu.

Untuk rekod, bekas Presiden ketujuh Indonesia itu juga menyampaikan ucaptama pada forum berkenaan.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=WJlqjH7BY-M&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *