Pendirian Malaysia menyokong Dasar Satu China bukan perkara baharu, sebaliknya sudah diamalkansejak 1974 di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tegas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pendirian berkenaan tidak berubah sehingga kini.
Mamun Malaysia sentiasa berpandangan bahawa sebarang penyelesaian berhubung isu Taiwan perlumengutamakan jalan damai.
“Saya hanya ikut (dasar) yang konsisten. Tentunya kita hormat pendirian negara China, tetapi jalan damai terbaiklah.
“Itu yang sekarang dilakukan. Dasar Malaysia yang mengiktiraf Dasar Satu China bukan baharu.
“Ia sudah diproses oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan TikTok di ibu negara pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kementerian Luar Taiwan yang mendakwa beliau secara terbuka memberikan justifikasi terhadap pendirian Beijing mengenai penyatuan semula Taiwan melalui kekerasan.
Dalam wawancara bersama Al Jazeera baru-baru ini, PMX berkata beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China.
Menurutnya, pendirian Malaysia itu selari dengan pendirian PBB yang mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai wakil China.
Manakala Taiwan mempunyai kedudukan tersendiri dalam sistem antarabangsa.
“Jadi bukan perkara baharu. Cuma cara yang ditekan oleh Al Jazeera itu mungkin menimbulkan satureaksi yang negatif,” ujarnya lagi dipetik Harapan Madani.
Dalam pada itu, beliau turut memberi contoh, Amerika sejak beratus tahun dahulu selepas Perang Kemerdekaan, tidak mengizinkan perpecahan di mana-mana negeri pun.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=Ude2yUnEhPc&ra=m
