MADANI TERKINI | BRICS 2026: MALAYSIA BERHASRAT PERLUAS KERJASAMA EKONOMI DENGAN IRAN

Malaysia berhasrat untuk terus memperkukuh hubungan ekonomi dengan Iran di biarpun berdepan cabaran risiko geopolitik dan sekatan antarabangsa susulan krisis di Asia Barat.

Hasrat tersebut disampaikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di sela-sela Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi pada Sabtu.

Pada pertemuan yang berlangsung di Hotel The Oberoi, pada hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin memberi tumpuan kepada hubungan dua hala.

Khususnya peluang memperluaskan kerjasama perdagangan, pelaburan dan ekonomi antara Malaysia-Iran.

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin secara bersemuka selepas krisis Iran-Amerika Syarikat (AS) dan Israel tercetus penghujung Februari lalu.

Sebelum disusuli dengan perbualan telefon bagi bertukar-tukar pandangan serta maklumat semasa.

Dalam pertemuan berkenaan, PMX turut menegaskan, Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dalam menguruskan hubungan antarabangsa.

Ia bagi memastikan negara tidak kelihatan lemah atau mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan negara.

Dengan Iran memiliki sumber asli yang banyak, Malaysia mampu memanfaatkan kerjasama strategik yang menguntungkan kedua-dua negara.

Biarpun negara yang berdagang dengan Iran berdepan tarif sebanyak 25 peratus oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pertemuan itu juga dimanfaatkan dengan memperkukuh persefahaman berhubung laluan perdagangan tenaga di Selat Hormuz yang menjadi nadi kepada kelangsungan ekonomi global termasuk Malaysia.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=lZqcQlnzdXA&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *