KUALA LUMPUR – Haier Malaysia bakal memperluaskan portfolio peralatan dapurnya dengan memperkenalkan produk baharu sempena pelancaran Horizon Collection pada September ini.

Langkah itu dijangka menawarkan lebih banyak pilihan serta kemudahan kepada pengguna.

Khususnya dalam memenuhi keperluan rumah moden yang semakin menitikberatkan fungsi dan kepraktisan peralatan elektrik.

Selain Horizon Collection yang memberi fokus kepada rangkaian penyejukan premium.

Haier Malaysia berkata pihaknya turut akan mendedahkan tambahan baharu dalam portfolio peralatan dapur.

Menurut Haier Malaysia, pengenalan produk berkenaan membuka lebih banyak kemungkinan dan kemudahan kepada isi rumah di Malaysia.

Pelancaran tersebut membawa tema “Beyond What You See”, yang mengetengahkan gabungan reka bentuk teliti, teknologi maju dan pengalaman pengguna sebagai sebahagian daripada usaha jenama itu menawarkan penyelesaian lebih menyeluruh untuk kehidupan seharian.

Pengenalan produk baharu itu juga memperlihatkan komitmen Haier untuk terus memperkaya pilihan peralatan rumah bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang mengutamakan kemudahan dan pengalaman penggunaan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *