FARHASH NAFI DAKWAAN PENGUBAHAN WANG HARAM


Ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinyadengan kegiatan mencuri serta pengubahan wang haram melibatkan berbilion ringgit di luar negara.

Penafian itu dibuat susulan penyebaran rakaman video tulardan laporan beberapa portal berita yang mendakwa beliaumempunyai kaitan dengan pemindahan wang ke luar negara termasuk di Turkiye dan Afrika.

Menurut Farhash, semua tuduhan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah yang bertujuan mencemarkanreputasi serta integritinya.

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya bukan warganegaraTurkiye, tidak mempunyai akaun bank di negara itu dan tidakpernah terbabit dalam sebarang aktiviti pengubahan wang haram seperti didakwa.

Tambahan lagi, Farhash menjelaskan beliau kini hanyamenjalankan urusan perniagaan dan tidak lagi terlibat dalambidang politik.

Dalam kenyataannya juga, beliau percaya terdapat pihaktertentu yang mempunyai niat tersirat termasuk kepentinganpolitik di sebalik penyebaran dakwaan berkenaan.

Beliau turut memandang serius penyebaran rakaman video tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan tidakbertanggungjawab yang berpotensi melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, Farhash memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat dan perkara berkenaan diserahkan kepada pihakberkuasa untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 499 Kanun Keseksaan berkaitanfitnah.

Pada masa sama, beliau telah mengarahkan peguammengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihakyang terlibat dalam penyebaran dakwaan tersebut bagimelindungi nama baik serta kepentingannya.

Terdahulu, isu berkenaan tercetus selepas tular satu rakamanvideo yang mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Farhashdan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, PMX sebelum ini turut menafikan dakwaantersebut dan meminta pihak yang membuat tuduhan supayamengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Sehubungan dengann itu, orang ramai dinasihatkan supayatidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan sertamemberi ruang kepada siasatan dijalankan secara adil dan telus. 

Farhash berkata beliau bersedia memberi kerjasama penuhkepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi membantusiasatan berkaitan dakwaan tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang tuduhan seriusmelibatkan pengubahan wang haram tidak seharusnya dibuattanpa bukti yang sah dan kukuh.

Selain itu, menurutnya lagi, penyebaran fitnah secara meluasdi media sosial boleh menimbulkan kekeliruan masyarakatselain menjejaskan reputasi individu yang difitnah.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan kandungan tular yang belum dipastikan kesahihannya.

Farhash berkata tindakan undang-undang yang diambilbukan sahaja bagi mempertahankan dirinya.

Malah sebagai pengajaran kepada pihak yang menyebarkanmaklumat palsu.

Katanya lagi, beliau juga percaya proses siasatan yang dijalankan pihak berkuasa akan dapat memperjelaskan keadaansebenar serta menepis segala dakwaan tidak berasas itu.

Isu berkenaan terus menjadi perhatian ramai di media sosialsusulan pelbagai spekulasi dan perdebatan yang timbul sejakvideo terbabit mula tular.

Pautan Video: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *