FADHLINA ARAH SEMAK SEMULA KES KRITIKAL eGTUKAR


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) meneliti semula beberapa kes kritikal membabitkan permohonan pertukaran guru menerusi sistem eGTukar.

Beliau berkata, langkah itu diambil susulan masih terdapat guru yang kecewa apabila permohonan pertukaran mereka belum berjaya.

Khususnya mereka yang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) dan terpaksa berjauhan dengan pasangan serta keluarga.

Menurutnya, keputusan permohonan eGTukar bagi Fasa 2 dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi, 

Sekali gus memberi ruang kepada kementerian meneliti kes yang memerlukan perhatian.

Saya juga telah minta BPSH meneliti semula beberapa kes kritikal yang masih memerlukan perhatian. 

Insya-Allah, keputusan Fasa 2 akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini turut mengambil langkah memendekkan tempoh permohonan pertukaran guru daripada 36 bulan kepada 24 bulansebagai antara usaha menangani isu kebajikan warga pendidik.

Beliau mengakui isu guru yang berjauhan dengan pasangan dan keluarga, termasuk kelompok yang sering dikaitkan sebagai guru ‘duka lara’, terus menjadi antara perkara yang memerlukan perhatian kementerian.

Kepada yang belum berjaya kali ini, jangan putus asa. Kita terus ikhtiarkan apa yang boleh. 

Stay strong. We love you. We make doa for you,” katanya.

Pada masa sama, kelulusan pertukaran guru tidak ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan semata-mata, 

Sebaliknya mengambil kira kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan serta keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Berdasarkan rekod 2025, sebanyak 9,506 daripada 15,846 permohonan pertukaran guru atas permohonan sendiri diluluskan, iaitu kira-kira 60 peratus, 

Manakala kadar kelulusan bagi kategori pasangan berjauhan adalah lebih tinggi pada 67 peratus.

Justeru, semakan terhadap kes kritikal itu dilihat sebagai usaha KPM mencari penyelesaian yang lebih bersasar tanpa menjejaskan keperluan tenaga pengajar di sekolah seluruh negara.

Pada masa sama, beliau memahami keperluan guru yang berdepan situasi peribadi dan keluarga yang memerlukan pertimbangan sewajarnya.

Menurutnya, setiap permohonan akan diteliti berdasarkan keperluan serta kekosongan jawatan di sekolah yang dipohon.

Beliau berkata, aspek kebajikan guru akan terus diberi perhatian bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik.

Bagaimanapun, proses pertukaran perlu mengambil kira kepentingan perkhidmatan serta keperluan tenaga pengajar di setiap negeri.

Fadhlina turut berharap keputusan yang dibuat kelak dapat membantu menyelesaikan kes-kes kritikal yang benar-benar memerlukan pertimbangan khas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *