RUMAH BANGSA UMNO BUKA PINTU KEPADA AHLI BERSATU DIGANTUNG

UMNO menerusi gagasan Rumah Bangsa menegaskan kesediaan parti itu untuk menerima mana-mana bekas ahli atau pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplintermasuk penggantungan dan pemecatan keahlian.

Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gagasan Rumah Bangsa yang diperkenalkan UMNO merupakan satu platform penyatuan besar yang terbuka kepada semua pihak tanpamengira latar belakang politik.

Beliau berkata, UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi “rumah” kepada orang Melayu sentiasabersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama perjuangan parti itu.

“Kita terbuka menerima sesiapa sahaja kerana rumah kita Rumah Bangsa, maknanya rumah itu besaruntuk sesiapa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Batu 3, Kluang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Lembaga Disiplin Bersatu yang memecatdan menggantung beberapa wakil rakyat serta pemimpin parti itu baru-baru ini.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Dato’ Mohammed Radzi Manan memaklumkan AhliParlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas dikenakan tindakan penggantungan selepas didapatimelanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Menurut notis yang dikeluarkan, penggantungan itu menyebabkan beliau dilucutkan daripada semuajawatan parti dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama Bersatu sehingga tamattempoh penggantungan.

Dalam perkembangan sama, Bersatu turut mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa lagipemimpin parti termasuk pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta penggantunganbeberapa ahli lain yang berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, gagasan Rumah Bangsa yang diperkenalkan PresidenUMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bertujuan menyatukan kembali orang Melayu serta membukaruang kepada bekas ahli UMNO untuk kembali menyertai parti itu.

Tambah Ahli Parlimen Kota Tinggi itu lagi, sambutan terhadap inisiatif tersebut amat menggalakkanapabila lebih 10,000 permohonan diterima setakat ini.

Sehubungan dengan itu, perkembangan itu dilihat memberi gambaran bahawa UMNO terusmemperkukuh kedudukannya sebagai platform politik utama orang Melayu.

Nahh! Di kala parti-parti pembangkang berdepan konflik dalaman dan tindakan disiplin terhadappemimpin sendiri.

Kerajaan Perpaduan dilihat semakin berjaya mewujudkan landskap politik yang lebih stabil dan matang selepas tempoh ketidaktentuan politik sebelum ini. 

Pendekatan inklusif yang dibawa menerusi konsep MADANI turut membuka ruang kerjasama lebihluas demi kepentingan rakyat dan negara. 

Malahan, ramai pemerhati politik melihat langkah UMNO menerusi Rumah Bangsa sebagai usahamemperkukuh kesatuan Melayu tanpa menolak kepelbagaian dalam kerajaan. 

Dalam masa sama, kestabilan politik yang wujud ketika ini membantu kerajaan menumpukanperhatian kepada agenda ekonomi, pelaburan dan kebajikan rakyat. 

Keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia juga semakin meningkat hasil pentadbiran yang lebihtersusun dan dasar kerajaan yang konsisten. 

Berbeza dengan pembangkang yang terus bergelut dengan konflik dalaman, kerajaan kini lebih fokusmelaksanakan dasar untuk rakyat termasuk pengukuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan. 

Perkembangan itu turut memberi isyarat bahawa pendekatan sederhana dan stabil yang dibawaKerajaan Perpaduan semakin mendapat sokongan pelbagai pihak.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=7hF3mQTXcRs&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *