Inisiatif kerajaan menyediakan tiket MADANI berharga serendah RM200 bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.
Malah, tiket khas berkenaan dilaporkan sudah habis terjual, dengan kategori ‘G Hillstand’ antara yang menjadi tumpuan pemegang MyKad.
Keterujaan mendapatkan tiket itu turut dikongsikan orang ramai di media sosial sejak dua hari lepas.
Seorang pengguna Threads, @likelya, meluahkan rasa teruja selepas berjaya mendapatkan tiketberkenaan sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pengenalan konsep tersebut.
“Terima kasih PMX sebab cipta konsep MADANI! ‘OP81 can’t wait to see you’,” katanya dipetik Harapan Daily.
Seorang lagi pengguna, @fxrith90, turut berkongsi kegembiraan selepas berjaya mendapatkan tiket kategori sama.
“Alhamdulillah ‘secured my F1 ticket MADANI G hillstand’ pukul 9.14am tadi.
“Dah boleh tidur lena dan jalani kehidupan dengan tenang,” katanya pula sambil mengimbau pengalaman pertama menonton F1 di Sepang pada 1999 bersama bapanya.
Keterujaan itu turut dapat dilihat apabila beberapa pengguna media sosial meminta orang ramai memaklumkan sekiranya tiket ‘G Hillstand’ kembali tersedia.
Ada juga yang mengakui baru mengetahui pemegang MyKad boleh mendapatkan tiket F1 pada harga lebih rendah menerusi inisiatif berkenaan.
Inisiatif itu turut mendapat pujian kerana memberi peluang kepada lebih ramai rakyat.
Khususnya golongan muda menyaksikan perlumbaan F1 secara langsung tanpa perlu membayar harga tiket yang lebih tinggi.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=R6oiwXPvKTM&pp=0gcJCRMMAYcqIYzv&ra=m
