Cadangan agar Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagi meneliti kemungkinan menjalankan eksplorasi minyak di Maldives akan dibincangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan gergasi syarikat minyak nasional itu.
Cadangan tersebut dizahirkan melihat kepada keupayaan PETRONAS dalam pengalaman mengurus.
Di samping meneroka sumber tenaga dalam sektor huluan dan hiliran di peringkat antarabangsa.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa sidang media bersama dengan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, di Pejabat Presiden pada Selasa.
“Mengenai cadangan supaya PETRONAS meneliti kemungkinan eksplorasi minyak (di Maldives), saya perlu membincangkan perkara ini dengan PETRONAS.
“Dan saya yakin dengan kekuatan PETRONAS pada masa kini di seluruh dunia, dari Kanada hingga ke Turkmenistan dan Sudan, serta Suriname, Peru dan Brazil.
“Saya berpandangan tidak menjadi masalah besar untuk melebarkan sayap lebih dekat ke sini, iaitu ke Maldives,” katanya dipetik Harapan Madani.
Dalam pada itu, bidang media berkenaan turut menekankan tentang kemampanan bekalan tenaga berterusan yang mampu memberi impak positif kepada ekonomi kedua-dua negara.
Limpahan ekonomi hasil daripada eksplorasi kelak akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Selain pemindahan teknologi terkini kepada negara di kepulauan Lautan Hindi itu.
Untuk rekod, PETRONAS memiliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa.
Di mana ia merentas pelbagai pasaran minyak dan gas di banyak negara di seluruh dunia yang mencerminkan keupayaan syarikat minyak nasional itu.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=kbYt6NvZB38&ra=m
