Sebut sahaja pasal FELDA, semua orang pasti tahu ini adalah institusi untuk membantu orang Melayu, membantu peneroka-peneroka luar bandar bina hidup baharu.
Tetapi apa sebenarnya yang terjadi ketika zaman pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak?
Institusi yang sepatutnya membela nasib ratusan ribu petani dan peneroka ini menjadi lubuk makmur buat kroni.
Manakala peneroka pula terkorban dan terpaksa menanggung beban kerugian yang bukan kepalang!
Maka, mari kita buka satu-persatu pekung dan “pola keputusan jahanam” yang merugikan berbilion ringgit duit rakyat semasa zaman Najib Razak, dipetik Abied Abdullah dalam ruangan Harapan Daily.
Siapa sangka agensi peneroka getah dan kelapa sawit tiba-tiba nak buat projek ikan Sturgeon? Bunyi macam gempak, tapi realitinya ia adalah kegagalan total!
Duit sebanyak RM47.6 juta lebur begitu sahaja tanpa ada pulangan, tiada aset, dan tiada langsung pemindahan teknologi yang dijanjikan.
Lebih melucukan lagi menyakitkan hati, ladang akuakultur pun tak dapat dibina sebab kelulusan tapak kena tarik balik.
Kontraknya pula berat sebelah dan langsung tak menguntungkan FELDA. Akibatnya?
Pada tahun 2017, SPRM terpaksa turun padang tahan 3 pegawai aktif dan 2 bekas pegawai FELDA.
Walaupun ada kes pecah amanah RM47.6 juta yang dituduh, yang pastinya duit berjuta-juta milik agensi peneroka itu dah selamat hangus jadi abu!
Ini satu lagi lawak jenaka yang amat zalim. Melalui FELDA Investment Corp (FIC), mereka membeli Hotel Merdeka Palace di Kuching dengan harga RM160 juta!
Anda tahu tak nilai sebenar hotel itu ketika itu? Cuma sekitar RM80 juta sahaja! Maknanya apa?
Maknanya mereka sengaja bayar hampir 2 kali ganda harga pasaran! Siapa yang kenyang? Siapa yang untung atas angin dapat baki RM80 juta tu?
Yang pasti bukan peneroka FELDA, tetapi poket-poket pihak berkepentingan yang bermaharajalela waktu itu.
Dalam pada itu, FELDA jual pastri Korea? Ya, inilah jenama Savaro yang beroperasi dari tahun 2013 hingga 2016, yang membawa konsep pastri Schneeballen.
Namun, akhirnya? Perniagaan mengarut ini rugi lagi RM2.24 juta!
Bukan setakat rugi, pengurusannya pun penuh ketidakaturan, sehinggakan pembayaran sewa pun kantoi tidak mengikut akaun pemilik premis yang betul.
Projek entah apa-apa, pengurusan ke laut!
Justeru, bila kita tengok balik semua benda ini, ia bukannya satu kebetulan tetapi, ini adalah satu pola atau trend keputusan yang memang sengaja dicipta untuk merugikan.
Antaranya, projek mega yang acap kali diluncurkan tanpa sebarang hasil; pembelian aset-aset yang sengaja diletakkan harga terlampau mahal demi komisen.
Tambahan lagi, perniagaan merapu yang akhirnya gagal dan rugi berjuta-juta di samping tadbir urus yang sangat lemah dengan pengawasan yang sengaja dilonggarkan!
Berbilion ringgit duit institusi peneroka habis dibelanjakan dan dipersia-siakan, tetapi akhirnya marhaen dan peneroka di bawah yang terpaksa menanggung segala kerugian dan hutang.
Skandal demi skandal terjadi tanpa ada sebarang reformasi yang menyelamatkan institusi ini.
Justeru, siapa dalang utama di sebalik segala malapetaka dan kegagalan ini?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah Najib dan kroni-kroninya!
Mereka yang buat onar, ratusan petani dan vendor yang menjadi mangsa korban.
Maka, jangan biarkan pengkhianatan terhadap peneroka FELDA ini dilupakan begitu sahaja!
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=XPHgX7_-nQ4&ra=m
