UMNO-PAS HERET ISTANA DAN HANYA RATIB DAP

Tindakan pemimpin UMNO dan PAS berulang kali memainkan sentimen perkauman serta mengaitkan DAP dengan institusi diraja menunjukkan kedua-dua parti itu semakin ketandusan modal untuk menawarkan agenda ekonomi kepada rakyat Negeri Sembilan.

Pemerhati politik, Norman Radzuan berkata, kempen pilihan raya di negeri itu kini dicemari dakwaan yang bukan sahaja menyasarkan Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, malah turut mengheret istana sebagai bahan politik.

Menurutnya, dakwaan kononnya DAP mengawal kerajaan dan istana adalah tuduhan serius yang boleh menjejaskan kemuliaan institusi diraja serta mengelirukan rakyat.

“Tidak cukup Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tok Min difitnah menjadi barua DAP, kini ada pula pemimpin UMNO yang mendakwa istana dikawal DAP.

“Apakah tujuan memfitnah istana kononnya dikawal DAP?Adakah institusi diraja juga mahu dijadikan bahan untuk meraih undi?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya lagi, sentimen DAP dan kaum Cina terus diratib kerana BN-PAS gagal membentangkan rancangan jelas untuk meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi rakyat Negeri Sembilan.

Beliau mempersoalkan sama ada pemimpin PAS pernah menerangkan secara terperinci bentuk pembangunan ekonomi yang mahu dilaksanakan sekiranya diberikan mandat mentadbir negeri itu.

“Apabila naik ke pentas, yang disebut hanya DAP, DAP dan DAP. Mana perancangan ekonomi untuk rakyat? Apakah yang mahu dibangunkan di Negeri Sembilan?

“Tidak mungkin sebuah negeri boleh dimajukan hanya dengan menakut-nakutkan orang Melayu menggunakan sentimen kaum,” ujarnya lagi.

Norman turut membangkitkan pelbagai kontroversi kewangan dan pentadbiran yang berlaku ketika negara dipimpin oleh pemimpin Melayu.

Ia termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerugian pelaburan serta masalah melibatkan institusi berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.

Katanya lagi, sejarah tersebut membuktikan bahawa kaumatau imej keagamaan seseorang pemimpin tidak boleh dijadikan ukuran tunggal terhadap keupayaan, integriti dan kebolehannya mengurus negara.

Sehubungan itu, Norman turut berkata, masyarakat perlu menilai pemimpin berdasarkan rekod pentadbiran, kejujuran, kecekapan serta kemampuan membangunkan ekonomi.

Bukannya hanya kerana seseorang itu memakai kopiah, membaca ayat al-Quran atau menggunakan agama untuk meraih sokongan.

Beliau merujuk kisah Abu Dzar yang tidak dilantik Nabi Muhammad SAW memegang jawatan pentadbiran meskipun dikenali sebagai seorang sahabat yang alim.

Ini kerana kepimpinan merupakan amanah berat yang memerlukan kemampuan mengurus.

“Negara akan rosak apabila kehilangan berbilion ringgit dianggap tidak mengapa, asalkan pelakunya Melayu, sedangkan pihak lain terus dituduh mengawal kerajaan tanpa bukti,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah dipengaruhi perubahan pendirian parti politik yang sebelum ini saling menuduh dan bermusuhan, tetapi kemudian boleh bekerjasama apabila kepentingan politik mereka berubah.

Malah katanya, rakyat di peringkat akar umbi pula menjadi mangsa apabila hubungan persahabatan dan kekeluargaan terputus akibat hasutan politik, sedangkan pemimpin yang saling menyerang akhirnya boleh kembali berpegangan tangan.

“Orang di bawah bergaduh sehingga putus kawan dan saudara, tetapi pemimpin yang menghasut mereka boleh bekerjasama, menerima gaji serta elaun puluhan ribu ringgit.

“Sudah tiba masanya orang Melayu berfikir secara kritikal dan bertanya siapa yang benar-benar mampu mengurus negeri, bukannya membiarkan pemikiran mereka dijajah dengan ketakutan terhadap DAP,”katanya lagi.

Sebelum ini, Istana Negeri Sembilan menegaskan institusi diraja negeri itu kekal berkecuali dan tidak pernah berpihak kepada mana-mana parti politik, susulan dakwaan yang mengaitkan istana dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali berkata, sebarang dakwaan, kenyataan, gambar, video atau bahan yang mengaitkan Istana Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar atau kerabat diraja dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar. 

Beliau berkata, institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali selaras dengan peranannya sebagai payung perpaduan rakyat serta pemelihara keharmonian, kestabilandan kesejahteraan negara.

“Institusi raja merupakan payung perpaduan rakyat yang berperanan memelihara keharmonian, kestabilan serta kesejahteraan negara.

“Sehubungan itu, institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Harapan Daily. 

Kenyataan itu dilihat sebagai respons terhadap dakwaan yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya yang cuba mengaitkan Istana Negeri Sembilan dengan mana-mana parti politik. 

Tambahan lagi, Azizi menasihatkan semua parti dan calon yang bertanding agar tidak mengheret institusi diraja ke dalam ceramah atau kempen sepanjang PRN berlangsung. 

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja(3R), sebaliknya menjalankan kempen secara berhemah, beretika serta mematuhi undang-undang. 

“Istana Negeri Sembilan menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan institusi diraja terus dihormati dan dipelihara daripada sebarang salah tafsir atau eksploitasi bagi kepentingan mana-mana pihak,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan, sebaliknya merujuk kepada saluran rasmi Istana Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Terdahulu, menerusi klip tular berdurasi 27 saat itu, Ketua Penerangan UMNO Rembau, Shukri Samsudin didakwa berucap dengan berkata, “Tuan-tuan bayangkan apa maruah kita, sampai istana, negeri, Menteri Besar, kuasa negeri habis dipegang oleh DAP ini?”

Ungkapan tersebut mendakwa seolah-olah kuasa negeri termasuk institusi istana dan Menteri Besar Negeri Sembilan dikuasai DAP.

Nahh! Nampaknya mereka masih lagi meratib DAP DAP DAP walaupun mereka telahpun menafikannya sebelum ini.

Malahan, mereka turut memberi peringatan supaya berkempen secara ‘sihat’ dan ‘berhemah’ namun, mereka sendiri yang bertindak sebaliknya.

Apa yang kalian takutkan sangat dengan DAP dan kaum Cina ini? Bukankah kita, bangsa Melayu ini terbukti merupakan kaum majoriti di Malaysia dan bukannya Cina ataupun India.

Maka persoalannya, lemah sangatkah bangsa Melayu ini sehinggakan terlalu bacul sehinggakan terlalu takut kepadaDAP? Sungguh memalukan!

38. Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=hO0Sym6yOX4&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *