Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerajaan bercadang memperketat tadbir urus syarikat berkaitankerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi undang-undang baharu bagimengelakkan penyalahgunaan kuasa serta memastikan dana awam tidak digunakan untuk kepentingan politik.
Menurut Perdana Menteri, cadangan undang-undang entiti milik kerajaan itu akan menetapkan peraturanlebih ketat, termasuk dalam aspek pengurusan syarikat, kawalan terhadap anak syarikat serta tanggungjawab individu yang diberikan kuasa membuat keputusan.
Menurutnya, pengalaman lalu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda dan Lembaga Tabung Haji (TH) menunjukkan keperluan untuk memperbaiki sistem tadbir urus serta memperkukuhkawalan terhadap entiti yang menguruskan wang dan aset rakyat.
Jelasnya lagi, kerajaan perlu mempunyai tekad politik yang jelas untuk melaksanakan pembaharuan itu meskipun berdepan bantahan daripada pihak berkepentingan.
“Jadi itu memerlukan tekad politik bagaimana boleh kita hadapi. Dan kadang-kadang orang bicara soal prinsip dan sebagainya.
“Tapi bila datang soal ini, banyak kompromi yang kita lihat kadang-kadang dalam perbahasan di Parlimen,” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada sesi Peetanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.
PMX turut menegaskan, keputusan pelaburan GLIC dan GLC tidak boleh dipengaruhi campur tangan politik, sebaliknya perlu dibuat oleh badan pelabur yang mempunyai kepakaran profesional.
“Kekuatannya di sini ialah kerana kita melarang sama sekali untuk campur tangan mana-mana tokoh politik dalam menentukan projek dan utama projek.
“Projek itu mesti ditetapkan dan ada badan pelabur yang terdiri daripada golongan profesional dan kepakaran tertentu,” ujarnya lagi.
Beliau turut berkata, peraturan lebih ketat juga penting bagi memastikan individu yang diberikantanggungjawab menguruskan institusi berkenaan tidak menganggapnya sebagai hak milik peribadi ataukeluarga.
Malah menurutnya lagi, keperluan itu lebih penting bagi institusi yang turut mempunyai mandat menjaga kepentingan Bumiputera dan umat Islam, termasuk badan yang menguruskan dana serta aset berkaitan.
Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata, kerajaan berharap undang-undang yang dicadangkan itu dapat memperkukuh akauntabiliti dan mengelakkan kelemahan tadbir urus yang pernah berlaku sebelum ini daripada berulang.
Terdahulu, Syahredzan Johan (PH-Bangi) membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan GLC dan badan berkanun digunakan atas nama kepentingan rakyat, tetapi sebenarnya bagi memenuhi kepentingan politik.
Beliau meminta penjelasan mengenai langkah kerajaan memperbaiki tadbir urus korporat bagi memastikan episod membabitkan 1MDB dan Tabung Haji tidak berulang.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=VNtUICcU5lU&ra=m
