Pasar Sejahtera Rakyat Perak dilancarkan sebagai inisiatif membantu rakyat mendapatkan barangankeperluan asas pada harga lebih rendah.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu menawarkan barangankeperluan asas sekurang-kurangnya lima peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Ia dilaksanakan bawah Langkah Mitigasi Krisis Asia Barat Negeri Perak bagi tempoh April hingga Jun 2026 dalam usaha membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup ekoran krisis tenaga global.
Sebanyak RM3.7 juta diperuntuk bagi pelaksanaan inisiatif tersebut di seluruh negeri Perak pada tahunini.
“Peruntukan itu merangkumi RM2 juta bagi pelaksanaan Pasar Sejahtera Rakyat Perak melalui PejabatDaerah dan Tanah di setiap daerah dengan kekerapan secara berkala setiap bulan.
“Sebanyak RM1.2 juta pula diperuntukkan bagi Jualan Sejahtera Rakyat yang dilaksanakan di kesemua59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yayasan Bina Upaya dengan kerjasama PerbadananPembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC),” katanya dipetik Media Perpaduan.
Menurutnya lagi, pelaksanaan program tersebut diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah dan diperluas ke semua kawasan DUN bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat di peringkatakar umbi.
Beliau ditemui pemberita Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Siri Ketiga Tahun 2026 di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak pada Isnin.
Sementara itu, Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Siri Ketiga Tahun 2026 terus menjadiplatform penting untuk kerajaan mendekati rakyat.
Sebanyak 77 kaunter khidmat pelanggan disediakan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, termasuklima kaunter bergerak.
Untuk rekod, bagi siri kali ini, sebanyak 140 aduan baharu direkodkan, menjadikan keseluruhan 460 aduan diterima setakat ini.
Daripada jumlah itu, 84 peratus atau 388 aduan berjaya diselesaikan, manakala baki 16 peratus masihdalam tindakan lanjut.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=HQ1zmfGnbto
