BN KUASAI JOHOR, MENANG BESAR PRN KE-16

Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 apabila berjaya memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, mereka sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Sri Ramlan Harun yang memaklumkan Pakatan Harapan (PH) memenangi lapan kerusi.

Manakala Perikatan Nasional (PN) gagal mempertahankan sebarang kerusi pada pilihan raya kali ini.

SPR turut memaklumkan seramai 1.87 juta pengundi atau 68.73 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Di mana ia melibatkan pengundi awal, pos dan pengundi biasa. 

Suruhanjaya itu menyifatkan keseluruhan proses pengundian berlangsung dengan lancar, bebas, adil dan telus tanpa sebarang insiden yang menjejaskan perjalanan pilihan raya.

Tambahan lagi, kemenangan BN turut menyaksikan gabungan itu berjaya merampas lapan kerusi yang sebelum ini dikuasai pembangkang.

Antaranya termasuk Johor Jaya, Perling, Bukit Batu, Jementah, Tangkak, Bukit Kepong, Endau dan Maharani, sekaligus mengukuhkan penguasaan parti tersebut di negeri Johor.

Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi turut berjaya mempertahankan kerusi DUN Machap.

Manakala beberapa kerusi tumpuan seperti Larkin, Yong Peng, Benut, Seri Medan, Rengit dan Layang-Layang terus kekal dalam genggaman BN.

Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan itu membuktikan keyakinan rakyat terhadap prestasi pentadbiran kerajaan negeri sepanjang empat tahun lalu. 

Beliau menegaskan BN akan terus mengamalkan pentadbiran yang rendah diri, menunaikan janji kepada rakyat.

Di samping memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan demi memastikan agenda pembangunan Johor terus diperkasakan.

Sementara itu, PH juga mengalami penyusutan jumlah kerusi berbanding PRN 2022 apabila hanya memenangi lapan kerusi.

Manakala PN serta parti-parti lain termasuk MUDA, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan calon Bebas pula gagal mencatat sebarang kemenangan.

Keputusan PRN Johor Ke-16 ini dilihat mengukuhkan semula kedudukan BN sebagai kuasa politik dominan di negeri itu.

Selain memberikan mandat baharu kepada kerajaan negeri untuk meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat bagi penggal pentadbiran akan datang. 

Kemenangan besar BN turut dilihat memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Dan ia sekali gus dijangka memudahkan penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan dan agenda kebajikan rakyat di Johor. 

Kerajaan negeri yang bakal dibentuk juga dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=pTfP1JqRW1g&pp=0gcJCVELAYcqIYzv&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *