Kehadiran pimpinan UMNO pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa mencetuskan perhatian terhadap perkembangan hubungan antara kedua-dua parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengetuai rombongan parti itu bagi mewakili Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat hadir pada saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Turut hadir, Pengerusi UMNO Kelantan, Dato’ Sri Ahmad Jazlan Yaakub serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Md Alwi Che Ahmad bersama barisan kepimpinan UMNO negeri.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan kehadiran wakil UMNO itu sebagai satu detik bersejarah baharu dalam landskap politik negara.
Di samping mencerminkan usaha memperkukuh gagasan penyatuan ummah.
Menurutnya, PAS menghargai kehadiran delegasi UMNO yang hadir atas jemputan parti itu.
Khususnya dalam usaha membina persefahaman dan hubungan lebih erat antara kedua-dua pihak.
Kehadiran UMNO kali ini juga menjadi perhatian kerana ia merupakan kali kedua pimpinan parti itu menghadiri Muktamar PAS selepas 2019.
Ketika hubungan kedua-dua parti pernah diperkukuh menerusi kerjasama politik Muafakat Nasional.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pimpinan parti Perikatan Nasional (PN) turut hadir pada muktamar berkenaan.
Antaranya Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin; Presiden Pejuang, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir serta pimpinan Gerakan dan MIPP.
Sehubungan itu, perkembangan ini menjadikan Muktamar PAS Ke-72 antara tumpuan utama landskap politik semasa.
Terutama dalam melihat hala tuju hubungan antara parti-parti Melayu dan blok politik pembangkang.
Selain usaha memperkukuh kerjasama menjelang perkembangan politik akan datang.
15. Hubungan UMNO dan PAS kini memasuki fasa baharu apabila kehadiran delegasi UMNO pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 dilihat membuka kembali ruang persefahaman antara dua parti politik Melayu terbesar itu.
Perkembangan itu hadir ketika kerjasama politik PAS-UMNO kembali menjadi antara isu utama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.
Dengan kedua-dua pihak dilihat semakin membuka ruang untuk membina persefahaman selepas hubungan mereka pernah diterjemahkan menerusi Muafakat Nasional (MN).
Bagaimanapun, kerjasama yang sedang dibentuk ketika ini lebih menjurus kepada persefahaman dan penyatuan sokongan.
Dan jelasnya, bukan pembentukan gabungan politik baharu.
Bendahari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berpandangan penyatuan sokongan pengundi Melayu berpotensi memberi kesan besar terhadap persaingan politik nasional.
UMNO pula dijangka meneruskan momentum berkenaan apabila parti itu akan mengundang pimpinan PAS menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 September ini.
Oleh itu, ini secara tidak langsung mencetuskan persoalan sama ada hubungan UMNO-PAS bakal berkembang daripada sekadar kunjung-mengunjungi dan persefahaman kepada bentuk kerjasama politik yang lebih tersusun.
Apa yang pasti, pendekatan kedua-dua parti itu kini menjadi antara perkembangan penting yang berpotensi membentuk semula landskap politik Melayu dan hala tuju persaingan kuasa negara menuju PRU16.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=-8UOt5ufelg&ra=m
