UMNO Negeri Sembilan mengambil pendekatan ‘menang-menang’ dalam mendepani krisis politik negeri dengan menegaskan pendirian mempertahankan parti di peringkat negeri.
Di samping masih kekal menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan,UMNO sanggup menjadi pembangkang di negeri itu demi mempertahankan prinsip serta tidak terpalit dengan isu melibatkan kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Menurutnya, tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar bukan didorong keinginan merebut kuasa.
Tetapi sebaliknya berasaskan soal maruah serta prinsip parti.
Namun, perkembangan itu menimbulkan persoalan apabila wujud kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN).
Penganalisis melihat situasi ini berpotensi mencetuskan undi tidak percaya sekiranya sidang Dewan Undangan Negeri diadakan.
Di mana ia sekali gus membuka ruang kepada pertukaran kerajaan negeri.
Dalam masa sama, naratif mempertahankan adat dan institusi turut dibawa oleh UMNO Negeri Sembilan bagi menjelaskan tindakan mereka.
Walaupun terdapat pihak yang mempersoalkan keselarasan hujah tersebut dengan perkembangan politik semasa.
Di peringkat pusat, Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kepentingan pendekatan kerjasama melalui agenda ‘Grand Collaboration’ sebagai usaha memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan mengingatkan ahli parti agar tidak terpengaruh dengan usaha melaga-lagakan kepimpinan.
Sebaliknya mengekalkan kesatuan parti dalam menghadapi cabaran semasa.
Sehubungan dengan itu, pendekatan ‘win-win’ yang diambil UMNO menunjukkan percaturan politik yang cuba mengimbangi antara prinsip negeri dan kestabilan kerajaan pusat.
Ia juga selari dengan strategi parti untuk terus relevan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Namun, kenyataan mengenai majoriti mudah membentuk kerajaan negeri menimbulkan persepsi bahawa wujud percanggahan antara naratif mempertahankan prinsip dan realiti perebutan kuasa politik.
Dalam konteks yang lebih luas, situasi ini mencerminkan dinamika politik Malaysia yang semakin kompleks.
Di mana kestabilan, kerjasama dan persepsi awam menjadi faktor utama dalam menentukan hala tuju parti serta keyakinan rakyat.
Dalam pada itu, kerajaan Perpaduan turut menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik dan kesinambungan dasar demi kepentingan rakyat serta ekonomi negara.
Justeru, pendekatan matang dan berhemah dalam menangani krisis ini dilihat mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengutamakan kepentingan nasional berbanding percaturan politik sempit.
Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=W3Ry6NcXNTE
