Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Bahrain dan rakyat negara itu kepada Malaysia untuk membantu menjayakan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Oktober depan.
Perdana Menteri berkata, beliau berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden dan Ketua PegawaiEksekutif Formula 1, Stefano Domenicali berhubung penganjuran perlumbaan berkenaan.
Beliau berkata, Malaysia berbesar hati menyokong Kerajaan Bahrain, Formula 1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dalam menjayakan acara berkenaan di Sepang.
“Ini bukan sekadar penganjuran acara sukan bertaraf dunia.
“Kerjasama ini mencerminkan persahabatan yang berkekalan, kepercayaan bersama dan hubungan eratantara Malaysia dengan Kerajaan Bahrain.
“Selain mengesahkan kesediaan serta keupayaan Malaysia menganjurkan acara antarabangsa berskalabesar,” katanya di laman Facebook miliknya dipetik Media Perpaduan.
Menurut PMX lagi, Malaysia bersedia mengalu-alukan kepulangan Formula 1, FIA, pasukanperlumbaan serta peminat dari seluruh dunia ke Sepang.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penganjuran itu memberi peluang kepada Malaysia untuk mempamerkan infrastruktur bertaraf dunia, kecekapan operasi dan layanan mesra negara.
Di samping memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain.
“Malaysia bersedia menyambut Formula 1, FIA, pasukan dan peminat dari seluruh dunia kembali ke Sepang.
“Kami berharap dapat mempamerkan keupayaan serta hospitaliti Malaysia.
“Selain mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi acara istimewa ini,” ujarnyalagi.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=_l8LWAEAQqI&ra=m
