ZAHID PERTEGAS JANGAN PEGANG SANGAT KATA PAS

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kata-kata pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bulan depan tidak boleh dipegang.

Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai rundingan kerusi sebagaimana didakwa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita jangan pegang sangat…

“Sebab mereka (PAS) boleh berubah, sudah banyak kali dan banyak parti sudah kena dengan mereka ini,” katanya dipetik Harapan Daily.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian pada Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills di ibu negara pada Isnin.

Menurutnya, UMNO tiada sebarang perjanjian dengan PAS berkait PRN Negeri Sembilan kali ini, kecuali persefahaman sesama parti sahaja.

Zahid turut mengesahkan UMNO tidak pernah memuktamadkan perbincangan dengan PAS.

Ia termasuk mengenai kerusi bakal ditandingi pada PRN berkenaan.

Terdahulu, Hadi berkata, PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan dari UMNO jika kerjasama antara kedua-dua parti itu dapat dimuktamadkan.

Hadi dilapor berkata, rundingan antara PAS dan UMNO berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang akan ditandingi sedang berlangsung dan disifatkan sebagai sangat positif.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri I itu turut menegaskan bahawa tidak semua perkara dinyatakan PAS perlu diterima atau dianggap sebagai kenyataan yang tepat.

“Memang kita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS.

“Jika ada perbincangan pun, sekadar ‘understanding’ atau persefahaman dan kita tidak memuktamadkan sebarang perbincangan itu.

“Jika kita melihat perkembangan di Johor, apa yang dinyatakan mereka itu berbeza dengan realiti sebelum hari pengundian.

“Terutama pada hari penamaan calon…

“Apalagi hari pengundian.

“Jadi, janganlah positif sangat dengan mereka ini tetapi kita cuma boleh bersangka baik saja.

“Mereka ini boleh tukar ‘goalpost’ (sasaran) bila-bila masa.

“Jadi, saya menganggap itu sebagai satu kenyataan politik saja,” tegas Zahid lagi.

Nahh! Nampaknya Presiden UMNO sendiri tidak mahu dan tidak mempercayai Presiden PAS.

Dek kerana pengkhianatan demi pengkhianatan yang jelas seringkali dilakukan oleh parti yang mendakwa sebagai parti memperjuang Islam dan Melayu.

Namun, hakikatnya, mereka hanya bermain dalam semua kolam politik demi kuasa dan kepentingan politik mereka semata.

‘Rakan seperjuangan’ gabungan Perikatan Nasional (PN) terdahulu mereka iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah mereka khianati.

Malahan, sebelum Bersatu, UMNO juga telah dikhianati dan kini tanpa segan silu, mereka mahu berkerjasama semula dengan UMNO?

Sungguh hipokrit dan sungguh memalukan!

Justeru, adakah kalian masih lagi mahu mempercayai, mengundi dan berkerjasama dengan PAS, parti yang hanya handal menanamkan kebencian dengan memfitnah?

Ingat! Rakyat sentiasa memerhati!

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=fzHe_cElEAY&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *