MADANI TERKINI | KERAJAAN PERUNTUK RM18.5 JUTA BAGI PELAJAR B40 MILIKI LESEN MEMANDU SAH

Bagi mengatasi isu pelajar tidak mempunyai lesen memandu sah yang berisiko tiada perlindungan insurans, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM18.5 juta kepada seramai 60,000 pelajar Tingkatan Empat dan Lima daripada kategori B40 di seluruh negara bakal menerima lesen motosikal Kelas B2 secara percuma menerusi Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, program berkenaan merupakan inisiatif strategik kerajaan yang dilaksanakan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkukuh budaya keselamatan jalan raya serta meningkatkan pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, pelaksanaan program ini turut mengambil kira isu pelajar sekolah, khususnya di kawasan luar bandar, yang menunggang motosikal tanpa memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM) yang sah.

Difahamkan, Johor mencatatkan jumlah penerima tertinggi apabila seramai 8,200 pelajar di negeri itu akan menerima manfaat program berkenaan yang melibatkan peruntukan RM2.46 juta.

“Data pelajar akan dikenal pasti oleh KPM selepas proses saringan bagi menentukan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan ini.

“Senarai tersebut kemudian akan disalurkan kepada JPJ negeri untuk pelaksanaan program,” katanyadipetik Harapan Madani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S di Austin International Convention Centre (AICC), Mount Austin, Johor pada Isnin.

Tambahnya lagi, pendekatan berasaskan data itu penting bagi memastikan bantuan disalurkan secara tepat dan berkesan mengikut keperluan sebenar pelajar di setiap negeri.

Program MyB2S ini turut melengkapi Program MyLesen B2 sedia ada yang diperkenalkan sejak 2023.

Di mana ia memberi peluang kepada golongan B40 memperoleh lesen memandu motosikal secara sah.

Untuk rekod, bagi tahun ini, seramai 30,000 peserta dijangka menerima manfaat dengan peruntukan RM10.5 juta di bawah program berkenaan.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=zmK9vopDxGU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *