MADANI TERKINI | WANITA TONGGAK KEMAJUAN NEGARA, PEMBINAAN MASYARAKAT MADANI

Peranan ibu dan wanita dalam institusi keluarga menjadi asas penting kepada kemajuan sesebuahnegara serta pembentukan masyarakat yang berakhlak, berilmu dan berdaya tahan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, sebesar mana pun kemajuan fizikal dan teknologidicapai sesebuah negara, pembangunan insan yang bermula dalam institusi keluarga tetap menjadi faktorutama dalam melahirkan masyarakat yang baik.

“Di sinilah letaknya peranan ibu dan wanita. Sebesar mana pun kemajuan sesebuah negara, pendidikanawal yang lahir daripada institusi keluarga.

“Khususnya didikan seorang ibu, merupakan akar kepada pembinaan sebuah masyarakat yang baik.

“Jika akar itu dibentuk dengan baik oleh ibu bapa, maka lebih mudah untuk kita melahirkan sebuahnegara Madani yang sihat dan segar,” katanya dipetik Media Perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

PMX juga berkata, pembangunan negara tidak boleh hanya tertumpu pembinaan infrastruktur, teknologi, industri dan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu diseimbangkan pembinaan nilai, akhlakdan kekuatan jiwa.

Katanya lagi, konsep Malaysia MADANI diperkenalkan memberi penekanan kepada pembangunaninsan selain kemajuan material.

“Kita bukan sekadar mahu membina gedung pencakar langit, kilang dan infrastruktur. Kita juga mahumembangunkan insan yang mempunyai nilai, akhlak dan kesedaran.

“Gedung-gedung tinggi, teknologi moden, industri, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) mesti bermula dengan pembentukan diri, nilai, jiwa dan kesedaran terhadap akhirat,” ujarnya lagi.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, asas pendidikan paling penting tetap bermula di rumah melaluiperanan ibu bapa dalam memperkenalkan nilai agama dan tanggungjawab kepada anak-anak.

“Sistem persekolahan boleh berjaya, tetapi asas pendidikan tetap bermula di rumah. Di rumah anak-anak mengenal ibu bapa, mengenal al-Quran, mengenal hadis, memahami tanggungjawab agama dan mempelajari solat,” jelasnya.

Mengulas peranan wanita dalam sejarah Islam, PMX memberi contoh Sayidatina Khadijah yang menjadi sumber kekuatan dan sokongan kepada Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama, manakala Sayidatina Asma’ pula memainkan peranan penting dalam membantu perjalanan hijrah Bagindake Madinah.

“Dalam setiap episod penting sejarah Islam, wanita tidak pernah tercicir. Sumbangan wanita amatbesar dalam keluarga, perjuangan, ekonomi, politik dan pembinaan negara,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Pautan Video: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *