AMANAH BIDAS HADI, DAKWAAN PH BERSENDIKAN DAP FITNAH!

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana didakwa terus memainkan sentimen DAP ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Faiz menyifatkan dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) bersendikan DAP sebagai tuduhan tanpa bukti dan justifikasi kukuh.

“Jika PH dituduh bersendikan DAP, PAS pula nampaknya bersendikan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan dakwaan bahawa DAP mendominasi PH dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sedangkan parti itu hanya mempunyai empat menteri penuh.

Iaitu bersamaan 12.5 peratus daripada keseluruhan anggota Kabinet.

Menurutnya lagi, perbahasan Belanjawan 2027 sepatutnya memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat dan langkah kerajaan menangani keperluan semasa.

Bukannya dijadikan medan membangkitkan sentimen politik terhadap parti tertentu.

Tambahan lagi, Faiz berkata, Belanjawan 2027 turut memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI menerusi pelbagai inisiatif bantuan rakyat.

Antaranya termasuk peningkatan peruntukan hal ehwal Islam kepada RM3.1 bilion berbandingRM2.6 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan PAS yang terus menjadikan DAP sasaran kritikan politik meskipun kedua-dua parti itu telah berpisah sejak 2015.

Malah katanya, isu DAP sering dibangkitkan semula sedangkan perbahasan belanjawan wajar dimanfaatkan untuk meneliti dasar, peruntukan dan manfaat yang dapat dinikmati rakyat.

Faiz turut menegaskan, penilaian terhadap Belanjawan 2027 seharusnya berasaskan kandungan serta pelaksanaannya.

Terutamanya termasuk bantuan kepada rakyat dan peruntukan pembangunan.

Dan bukannya dakwaan politik yang tidak disertakan bukti kukuh semata-mata.

Faiz juga menegaskan, dakwaan bahawa PH bersendikan DAP perlu dinilai berdasarkan fakta dan komposisi sebenar Kerajaan MADANI.

Bukannya dibentuk melalui persepsi politik yang boleh mengelirukan rakyat.

Selain itu, beliau berkata, tuduhan tanpa bukti kukuh berisiko mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Khususnya apabila isu hubungan antara parti politik dikaitkan dengan kepentingan agama dan masa depan negara.

Dalam pada itu, menurutnya, perbahasan di Dewan Rakyat seharusnya menjadi ruang untuk mengemukakan hujah berasaskan fakta dan menilai dasar kerajaan.

Di samping mencadangkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat, bukannya mengulang dakwaan yang tidak disokong bukti.

Faiz turut menegaskan bahawa penglibatan DAP dalam Kerajaan MADANI tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan sumbangan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat serta meningkatkan peruntukan bagi hal ehwal Islam.

Justeru, beliau berpandangan, perbezaan politik perlu ditangani melalui perbahasan matang dan berlandaskan fakta supaya masyarakat dapat menilai sesuatu dakwaan secara rasional.

Di mana ia sekali gus mengelakkan penyebaran persepsi yang boleh menjejaskan keharmonian sertakepercayaan rakyat terhadap institusi politik.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=H9TtRdUChzs&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *