Keputusan kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 menerusi Belanjawan MADANI 2027 mencerminkan usaha meningkatkan pendapatan pekerja.
Di samping mengambil kira kemampuan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu berkata, lebih empat juta pekerja dijangka mendapat manfaat daripada kenaikan gaji minimum itu.
Manakala PMKS dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberi ruangkepada penyesuaian model perniagaan.
Langkah itu bertujuan merapatkan jurang antara produktiviti dengan upah pekerja.
Khususnya ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan mendapatkan pendapatan yang lebih setimpal.
Bagaimanapun, kebimbangan kemungkinan majikan memindahkan peningkatan kos operasi kepadapengguna perlu ditangani.
Antaranya melalui penguatkuasaan undang-undang antipencatutan, pemantauan harga barangan sertasokongan bersasar kepada perusahaan yang terkesan.
Dalam masa sama, pengecualian kepada PMKS perlu dilaksanakan dengan jelas dan dipantau secara berkesan bagi memastikan kelangsungan perniagaan tidak mengabaikan kebajikan pekerja.
Kerajaan turut memberi penekanan kepada pembaharuan struktur pendapatan menerusi pengenalan gaji minimum RM2,500 sebulan sebagai permulaan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan.
Di samping menggalakkan peningkatan produktiviti serta pembangunan kemahiran tenaga kerja.
Usaha itu penting bagi memastikan kenaikan upah disokong oleh peningkatan kecekapan, latihankemahiran, persaingan perniagaan yang adil dan penerbitan data ekonomi secara berkala.
Kesimpulannya, keberkesanan Belanjawan 2027 bukan sahaja bergantung pada peningkatan gaji.
Tetapi juga pelaksanaan dasar yang seimbang supaya pekerja menikmati pendapatan lebih baik.
Dalam pada itu, PMKS turut kekal berdaya saing dan pengguna terus dilindungi daripada tekanan kenaikan harga.
Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan bukan sahaja meningkatkan pendapatan pekerja.
Malah tidak menjejaskan kemampuan pengguna berikutan kemungkinan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu memastikan mekanisme pemantauan harga dan penguatkuasaan antipencatutan dilaksanakan secara berkesan.
Selain menyediakan sokongan bersasar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan peningkatan kos operasi.
Beliau turut berkata, langkah berkenaan perlu bergerak seiring dengan usaha meningkatkan produktiviti dan kemahiran pekerja supaya pertumbuhan ekonomi negara dapat diperkukuh tanpa bergantung kepada upah rendah.
Jelasnya lagi, keseimbangan antara kebajikan pekerja, kemampuan majikan dan perlindungan pengguna menjadi antara aspek penting.
Terutamanya dalam memastikan pelaksanaan dasar gaji minimum menerusi Belanjawan 2027 mencapai matlamatnya.
Beliau menambah, pemantauan berkala terhadap pelaksanaan dasar gaji minimum penting bagi memastikan manfaat kenaikan pendapatan benar-benar dinikmati pekerja tanpa menimbulkan tekanan kos yang berlebihan kepada pengguna.
Tegasnya lagi, kerjasama antara kerajaan, majikan dan pekerja perlu diperkukuh bagi memastikan matlamat Belanjawan 2027 untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dapat dicapai secara mampan, disamping mengekalkan daya saing ekonomi negara.
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=2CPMUbSI1M4&ra=m
