MADANI TERKINI | SELAMATKAN KELIP-KELIP BUKIT KIARA, KERAJAAN BINCANG ZON PENAMPAN 300 METER

Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan pemilik tanah di sekitar Bukit Kiara untuk melaksanakan zon penampan ekologi 300 meter yang diumumkan sebelum ini bertujuan untuk melindungi spesies kelip-kelip yang jarang ditemui di taman persekutuan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, perbincangandengan pihak berkepentingan yang terbabit sedang dijalankan susulan pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mewujudkan zon penampan di sekitar Bukit Kiara.

“Datuk Bandar berkata beliau akan mewujudkan zon penampan 300 meter dan kami kini perlu berbincang dengan pemilik tanah… perbincangan sedang berlangsung,” katanya dipetik Media Perpaduan.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan panel bertajuk ‘Business vs Nature: Who Wins and When? at the National Climate Governance Summit (NCGS) 2026’ pada Isnin.

Hannah berkata, cadangan itu diusulkan susulan penemuan semula kelip-kelip Bukit Kiara yang dipercayai tidak direkodkan selama lebih daripada seabad.

Sambil menambah kerajaan perlu mencapai keseimbangan antara pemuliharaan dan pembangunan alam sekitar memandangkan pemilik tanah telah membayar premium yang tinggi untuk tanah mereka.

Zon penampan yang diumumkan DBKL semasa program Hari Bumi pada Mei lalu adalah untuk mengenakan sekatan 300 meter ke atas pembangunan yang dicadangkan di bahagian hadapan Taman Persekutuan Bukit Kiara selepas penduduk menyuarakan kebimbangan terhadap biodiversiti, kesesakanlalu lintas dan kesan pembinaan berdekatan.

Beliau turut berkata, zon penampan terbabit bertujuan melindungi habitat kelip-kelip itu ketika perbincangan dengan pemaju diteruskan untuk mencari penyelesaian praktikal.

Sementara itu, Hannah berkata, kerajaan sedang memperkukuh kerjasama dengan sektor swasta untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan daya huni bandar di Kuala Lumpur.

Dengan perniagaan digalakkan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam memacu amalan lestari.

Beliau turut berkata, kerajaan tidak dapat melaksanakan pembaharuan secara sendirian dan pemaju, institusi kewangan serta perniagaan semuanya mempunyai peranan dan kepentingan dalam melindungi ruang hijau dan meningkatkan daya tahan banjir.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melibat urus dengan pemaju dalam menyemak semula garis panduan pembangunan semula bagi memastikan ruang terbuka awam yang diwujudkan melalui projek baharu yang memberi manfaat dan mudah diakses dan, bukannya ‘kawasan kehijauan yang terpencil dan terpisah’,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kerjasama dengan sektor swasta juga sedang diperluas untuk menyokong inisiatif alamsekitar, di mana Hannah menyatakan bank sudah mula menyumbang dana bagi program untuk

mengaktifkan dan menyelenggara taman yang dilindungi.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=vKrkwpbH79U&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *