MADANI TERKINI | SISTEM DIGITAL DI SEMPADAN JOHOR-SINGAPURA SELESAIKAN ISU KESESAKAN

Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem digital yang akan dilancarkan di pintu masuk Johor-Singapura Januari ini akan mampu mengurangkan kesesakan di situ.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak memberi penjelasan terperinci mengenai sistem itu kerana bimbang menyalahi peraturan pilihan raya ketika kempen.

“Kalau saya jawab (janji) pada masa ini (pilihan raya), ia salah dari segi peraturan, tapi saya memang ada jawapan.

“Sejak tiga tahun lalu, laluan, sistem dan juga kesesakan dihadapi jauh lebih baik (diperbaiki).

“Sebab itu saya nak beritahu, saya akan lancarkan sistem digital bersama Perdana Menteri Singapura (Lawrence Wong) Januari depan.

“Sebab itu bila sistem itu siap, Insya-Allah perjalanan dari Singapura ke Johor baru akan mengambil masa lebih singkat,” katanya dipetik Media Perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta ketika sesi ‘Jom Tanya PMX, Temu Anwar dan Pelancaran Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning’, di Bakri pada Ahad.

Terdahulu, beliau ditanya oleh peserta bolehkah kerajaan pimpinannya mengubah sistem kaunter.

Sekiranya diberi mandat menerajui kerajaan Johor pada PRN ini agar rakyat Malaysia berulang-alik dari Singapura kerana bekerja tidak perlu lagi menghadapi kesesakan.

Justeru, PMX berkata, kerajaan serius menyelesaikan sistem sedia ada kerana rakyat Malaysia bekerja di Singapura terpaksa beratur panjang.

“Jadi, kerajaan berusaha menangani masalah ini (kesesakan) dan penggunaan teknologi canggih kerana ia membantu mengurangkan tempoh yang dihadapi mereka setiap kali keluar masuk,” ujarnya lagi.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=IrYlaRDAamg&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *