MADANI TERKINI | PERKEMBANGAN AI, KRISIS TENAGA GLOBAL PACU KEPERLUAN PERALIHAN TENAGA


Krisis tenaga global yang semakin meruncing susulan ketidaktentuan geopolitik dunia menuntutnegara-negara ASEAN mempercepatkan usaha peralihan kepada sumber tenaga yang lebih bersih, mampan dan selamat, tegas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dunia kini berdepan cabaran besar apabila gangguan bekalan tenaga akibatkonflik geopolitik memberi kesan kepada rantaian bekalan serantau serta menjejaskan sektor industri dan pengguna.

Menurutnya yang juga Menteri Kewangan, keadaan itu membuktikan setiap negara terdedah kepadarisiko luaran dalam dunia yang saling bergantung antara satu sama lain.

“ Krisis ini memaksa kita menerima hakikat bahawa bahan api fosil yang menjadi pemacu tamadunsejak Revolusi Perindustrian bukan sahaja semakin terhad.

“Malah mungkin tidak lagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan seperti yang diandaikansebelum ini.

“Pada masa sama, rantau ASEAN dijangka mencatat peningkatan permintaan tenaga melebihi 60 peratus menjelang 2040, didorong proses urbanisasi dan perindustrian yang pesat,” katanya dipetikHarapan Madani.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Energy Transition Conference 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

PMX juga berkata, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) turut dijangkamempercepatkan peningkatan permintaan tenaga apabila pusat data dan infrastruktur pengkomputerancanggih memerlukan bekalan elektrik pada skala yang lebih besar.

Kata Ahli Parlimen Tambun itu lagi, cabaran utama kini bukan sekadar menjana lebih banyak tenaga, tetapi memastikan bekalan tersebut kekal selamat, mampu milik dan mampan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen Malaysia dalam memperkukuh integrasi tenagaserantau menerusi projek ASEAN Power Grid yang dianggap penting bagi memenuhi keperluan tenagamasa depan.

“Tiada satu negara pun mampu memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat secarabersendirian dengan cekap.

“Integrasi serantau bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyambut baik penegasan semula komitmen negara-negara ASEAN terhadappelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) Dipertingkatkan ASEAN Power Grid yang diumumkansemasa Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu baru-baru ini.

Tambahnya, kejayaan penghantaran tenaga hidro boleh diperbaharui dari Laos melalui Thailand dan Malaysia ke Singapura sejak 2022 membuktikan kerjasama rentas sempadan dalam sektor tenaga mampudirealisasikan.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=P1AIyHLMwVA&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *