Nama ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kembali menggemparkan dunia selepaslaporan media antarabangsa mendakwa beliau sedang berusaha mendapatkan pengampunan daripadaPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Perkembangan itu sekali lagi mengheret nama Malaysia ke pentas global menerusi bayang panjangskandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang pernah mencalar reputasi negara.
Laporan media antarabangsa mendakwa Jho Low kini sedang berusaha mendapatkan pengampunandaripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi menggugurkan pertuduhan berkaitan skandal1MDB di negara itu.
Menurut laporan tersebut, individu yang dikaitkan sebagai dalang utama penyelewengan dana berbiliondolar itu didakwa cuba menggunakan isu pemulangan aset dan kerjasama kewangan sebagai sebahagianusaha membersihkan namanya di Amerika Syarikat.
Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Rumah Putih, laporan berkenaan cukup untuk mencetuskansemula perhatian dunia terhadap skandal kewangan yang pernah menggegarkan Malaysia dan masyarakatantarabangsa.
Bagi rakyat Malaysia, nama Jho Low bukan sekadar figura korporat kontroversi.
Malah, turut menjadi simbol kepada episod hitam yang pernah menyebabkan negara menjadi tajukutama media antarabangsa hampir setiap hari.
Skandal 1MDB sebelum ini membuka pelbagai siasatan rentas negara melibatkan institusi kewanganantarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat sebelum ini turut mendakwa berbilion dolar diseleweng daripadadana 1MDB.
Sebelum ia digunakan untuk membeli hartanah mewah, karya seni, kapal layar ‘Equanimity’ sertamembiayai gaya hidup elit di Hollywood termasuk penerbitan filem ‘The Wolf of Wall Street’.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan Jho Low tidak wajar diberikan pengampunan kerana rakyat Malaysia masih menuntutjawapan lengkap mengenai skandal tersebut.
Beliau berkata, Jho Low sepatutnya tampil secara terbuka dan pulang ke Malaysia bagi menghadapiproses kehakiman serta menjawab segala persoalan berkaitan dana 1MDB di mahkamah.
Malah menurutnya lagi, kerajaan melalui Wisma Putra dan pasukan petugas khas akan terusmenggunakan semua saluran diplomatik, kerjasama perisikan antarabangsa serta tekanan undang-undangbagi memburu dan membawa pulang ahli perniagaan buruan itu.
Sehubungan dengan itu, penganalisis melihat isu ini bukan sekadar berkaitan seorang individu.
Sebaliknya melibatkan imej serta reputasi institusi negara yang masih berusaha dipulihkan selepasbertahun-tahun terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia itu.
Perkembangan terbaharu ini juga muncul ketika Donald Trump berada di Beijing bagi lawatan pentingmelibatkan isu perdagangan dan hubungan strategik Amerika Syarikat-China.
Sekali gus menjadikan laporan berkaitan Jho Low lebih mendapat perhatian antarabangsa.
Di media sosial pula, netizen kembali mengungkit episod 1MDB termasuk kapal layar ‘Equanimity’dan kemewahan luar biasa yang pernah dikaitkan dengan skandal tersebut.
Walaupun kerajaan Malaysia kini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi baharu termasukpelaburan teknologi, kecerdasan buatan dan ekonomi hijau.
Tetapi, laporan berkaitan Jho Low membuktikan bayang skandal lama masih belum benar-benarhilang daripada perhatian dunia.
Setakat ini, keberadaan sebenar Jho Low masih menjadi misteri dan belum ada pengesahan rasmimengenai lokasi persembunyiannya.
Namun satu perkara yang pasti, setiap kali nama Jho Low kembali muncul dalam laporanantarabangsa, Malaysia akan terus dikaitkan dengan skandal 1MDB yang pernah mencalar imej negara di mata dunia.
Jho Low masih diburu, 1MDB masih menghantui.
Persoalannya, sampai bila episod ini akan terus membayangi nama Malaysia?
Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=mxdOCNl5gD4&pp=0gcJCQQLAYcqIYzv&ra=m
