PANAS!! DEWAN KECOH! MP PN ‘KOYAK’ MP DAP KRITIK KONVOI MOTOSIKAL PAS DI KELANTAN

Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengkritik penganjuran konvoi motosikal di Kelantan yang didakwa melibatkan ADUN Melor dari PAS. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026, beliau menyifatkan program itu sebagai tidak wajar dan boleh memberi contoh buruk kepada masyarakat. Menurutnya, penganjuran konvoi tersebut berpotensi menggalakkan aktiviti lumba haram dalam kalangan anak muda, sekali gus menyukarkan usaha membendung gejala itu. Beliau turut menegaskan pemimpin sepatutnya menunjukkan teladan baik, bukannya terlibat dalam aktiviti yang boleh mencetuskan persepsi negatif.

Pautan Video: https://m.youtube.com/watch?v=Q5wlx7GVs1Q&ra=m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *